28 Juni 2014

Marhaban Ya Ramadhan


Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam yang ke 4 (Empat). Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati.

Sabda Rasulullah SAW :

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan datangnya bulan Ramadhan ini kita akan dapat membersihkan kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan pribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba-Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita sendiri. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah SAW :

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan niscaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

aamiiin ya robbal'alamin.... 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar