Marhaban Ya Ramadhan
Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam yang ke 4 (Empat).
Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Bulan Ramadhan bulan
berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda.
Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai
oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati.
Sabda
Rasulullah SAW :
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan
ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan datangnya
bulan Ramadhan ini kita akan dapat membersihkan kembali hati kita yang pudar
dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh
itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali. Berpuasa bukanlah sekadar
berlapar. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu
dan pribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh
setiap umat Islam.
Nabi
Muhammad SAW pernah bersabda :
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya
seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada
amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan
dahaga"
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih
sayang kepada hamba-hamba-Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang
berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya
kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri
kita sendiri. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna
perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang
menganiayai diri sendiri.
Sabda
Rasulullah SAW :
"Barangsiapa
yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan niscaya diampunkan segala
dosa-dosanya yang lalu."
aamiiin ya robbal'alamin....